Follow

RT by @EUinMalaysia: Perjumpaan bersama dengan Kor Diplomatik Eropah semalam.

Banyak negara mengikuti rapat Tuntutan Sulu dan cara pengendalian kita berdepan dengan kes ini.

Saya telah berkongsi dengan hadirin tadi mengenai kronologi isu Tuntutan Sulu dan perkembangan dari Madrid baru-baru ini di mana penimbang tara yang terlibat dalam angkara ini, Gonzalo Stampa, telah pun dihukum penjara.

Negara-negara seluruh dunia perlu bekerjasama melihat kepada kelemahan undang-undang dan penyalahgunaan proses timbang tara hasil daripada kes Tuntutan Sulu.

Ini penting bagi mengelakkan berulangnya isu seperti ini di mana-mana negara.

Saya berharap perbincangan hari ini akan menjadi pemula kepada kerjasama dan terbentuknya Kumpulan Kerja antara negara-negara anggota Kesatuan Eropah dan Malaysia bagi melihat kepada isu-isu timbang tara antarabangsa, termasuklah pembiayaan daripada pihak ketiga, selain amalan terbaik dan kod etika penimbang tara.

Kerajaan Madani dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak akan berkompromi dan akan mempertahankan negara daripada apa jua ancaman.

Jangan sesekali cabar kedaulatan Malaysia.

🐦🔗: nitter.cz/AzalinaOthmanS/statu

[2024-01-24 01:26 UTC]

· · mirror-bot · 0 · 0 · 0
Sign in to participate in the conversation
Mastodon

A Mastodon forum for the discussion of European Union matters. Not run by the EU. Powered by PleromaBot, Nitter and PrivacyDev.net.